Ketika asyik berburu, baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Didalam hati baginda, alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya.
Baginda sangat tertawan dengan burung helang itu sehingga beliau tidak sedar telah mengekori burung itu jauh kedalam hutan berseorangan.
Tanpa menghiraukan pengiringnya, baginda telah sampai kedalam sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hatinya dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besar itu.
Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku diatas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihatnya itu adalah seorang pertapaan yang sudah betahun-tahun lamanya menetap di situ. Anehnya perasaan takut tidak terbit dihati baginda. Malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.
Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh yang berketurunan Jawa menyayangi burung helang putih itu sepertimana beliau menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya.
Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada di dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu, baginda tidak pulang ke istana sehingga tamat perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.
Setelah bertahun-tahun lamanya mempelajari ilmu persilatan, baginda akhirnya pulang ke istana. Maka berkembanglah Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu.
Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.
